Home

JALINAN MESRA ERC - ECFO - TER
Program yang di namakan Jalinan Mesra ERC - ECFO - TER, telah diadakan pada 2 & 3 Ogos 2008 (Sabtu & Ahad) bersempena kunjungan ECFO ke Kuantan. Konvoi yang tiba telah dibawa ke Felda Panching Selatan dimana disana telah dijamu makan tengahari yang telah disediakan oleh ADUN Panching. Disana juga telah diadakan bantuan Amal kepada penduduk yang kurang bernasib baik seperti pemberian bantuan kewangan dan pakaian.
Konvoi kemudian telah dibawa ke Chalet penginapan iaitu di kawasan pantai anak air. Setelah berehat, pada sebelah petang konvoi telah dibawa bersiar-siar disekitar bandar Kuantan. Secara kebetulan pula JOM HEBOH TV3 sedang diadakan di bandar Kuantan.
Pada sebelah malam di tempat penginapan, telah diadakan jamuan BBQ dimana ahli ERC telah menyediakan sendiri persiapan untuk jamuan tersebut. Disamping dendangan lagu karaoke dari ahli ERC dan ECFO juga telah diadakan cabutan bertuah yang turut disertai oleh ahli keluarga ERC. Sebelum berangkat pulang pada hari Ahad, konvoi ECFO telah dibawa ke bandar Kemaman untuk membeli dan merasai keropok lekor yang begitu popular disana.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada ahli ERC yang telah bertungkus lumus bagi memastikan persiapan berjalan lancar. Juga tdak lupa kepada para penaja yang telah sudi menghulurkan sumbangan terutama ADUN Panching Selatan. Semoga kunjungan ECFO pada kali ini memberikan kenangan manis buat semua.
Gambar dalam ERC XTVT

ERC KONVOI KE MELAKA
Memang Gempaq dan menggegarkan ....Tanggal 17 dan 18 Mei 2008. ERC telah mencatatkan satu lagi sejarah, di mana lebih 30 buah Elegan bergabung tenaga bersama NAZA bike telah menjejakkan tayar motor masing-masing di bumi kota bersejarah MELAKA.
Dengan dibekalkan sekali lagi lori MODENAS bersama dua krewnya, ternyata memberi impak yang besar kepada ERC. Jutaan terima kasih kepada Pengurus MODENAS Cawangan Kuantan iaitu En. Razali kerana sudi memberikan sumbangan yang amat bermakna sekali buat ahli ERC. Manakan tidak, disaat ahli ERC mengalami kesulitan sepanjang perjalanan konvoi, pelbagai masalah serta kerosakan telah melanda ahli ERC, tapi dengan bantuan dan kerjasama dua krew MODENAS ternyata dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Juga jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Elegan Group dari Melaka kerana sudi menjemput, dan membawa ahli ERC melawat ke beberapa tempat sekitar bandar Melaka. Dan yang pasti kepada Elegan Group Puchong yang telah bertungkus lumus menjemput ahli ERC dari Melaka untuk turun ke Puchong dengan menyediakan jamuan sebelum ahli ERC bertolak pulang ke Kuantan.
Syabas kepada semua yang telah menjayakan konvoi pada kali ini.

Lagi gambar di dalam ERCXTVT